Tuesday, November 30, 2010

Keistimewaan Bahasa Arab

Pentingnya belajar bahasa arab adalah kerana bahasa arab itu sendiri adalah bahasa agama kita.Jgn lah kita trlampau mengagungkn bahasa kita sndr atau pun bahasa ENGLISH drpd bahasa suci ini :

* Bahasa Arab adalah bahasa ALLAH SWT sendiri.Kalam suci,Kalamullah

* Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran

* Bahasa Arab adalah bahasa malaikat2 ALLAH sprt Malaikat Jibril untuk mmnyampaikn wahyu kpd penghulu kita NABI MUHAMMAD SAW

* Bahasa Arab adalah bahasa nabi2 dan rasul2 DAN yg paling utama.bahasa baginda Nabi Muhammad SAW dgn shbt2 beliau.

* Bahasa Arab adalah bahasa para2 salafus soleh yg hebat2

* Bahasa Arab adalah PALING INDAH DAN SEDAP JIKA DILAGU LAGUKAN

* Bahasa Arab adalah bahasa PALING LEMBUT

* Bahasa Arab adalah bahasa yang hampir mustahil utk meniru atau menduplicatekn nya.Itu lah sebab SEGALA USAHA UNTUK MEMBUAT KITAB PALSU AL-QURAN SEMUANYA GAGAL

* BAHASA ARAB ADALAH BAHASA SYURGA

* BAHASA ARAB ADALAH BAHASA PERTUTURAN KETIKA KITA DI PADANG MASHYAR DAN JUGA DI AKHIRAT KELAK

* Bahasa Arab adalah bahasa yang memiliki kosa kata terlengkap di dunia

* Bahasa Arab adalah induk dari semua bahasa manusia

* Bahasa Arab adalah Bahasa Tertua dan Abadi

* Bahasa Arab Memiliki Jumlah Perbendaharaan Kata yang Paling Banyak

"MAJUKAN LAH BAHASA ARAB DEMI AGAMA,BANGSA.NEGARA DAN PALING PENTING UTK KITA SENDIRI KERANA DGN BAHASA LAH YG AKAN SDIKIT DEMI SDIKIT MENGUBAH KEPERIBADIAN DAN AKHLAK KITA"

Monday, November 15, 2010

Rahsia Whuduk

Syarat mendirikan solat ialah mengambil wudhuk . Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wudhu’. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga?

Banyak rahsia dalam kandungan wudhu’ yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wudhu’ yang dapat diungkapkan ialah:

Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya. Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wudhu’. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa.

Ahli syaraf/ neurologist pun telah membuktikan dengan air wudhu’ yang menyejukkan hujung-hujung urat syaraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran.

Anda tentu pernah mendengar akupunktur kan ? Cuba cari tahu dimana saja letak titik-titik sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupunktur? Lalu kemudian amati rukun wudhu’. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

Pada anggota badan yang terkena semasa berwudhu’ terdapat ratusan titik akupunktur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wudhu’. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu sistem syaraf dan hormon bekerja untuk mengadakan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupunktur, suatu fenomena yang menarik bila dibandingkan dengan syariat wudhu yang disyari’atkan 15 abad yang lalu.

Jumlah Titik Akupunktur Pada Anggota Wudhu’(rukun dan sunat)

Muka 84 Tangan 95 Kepala 64 Telinga 125 Kaki 125 Jumlah keseluruhan = 493!

Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wudhu’!!

Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari…

Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wudhu. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan:

Dari ilmu ahli akupuntur, di celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang yang istmewa yang dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku.

Berkenaan telinga pula, walau pun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan! Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduhu’ kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan.


Titik akupuntur di telinga. 125 disentuh semasa mengambil wudhu’.

Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wudhu’

Thursday, November 11, 2010

Rahsia 13 Rukun Solat

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”