Tuesday, December 27, 2011

Nasihat Lukman Al Hakim


1. Apabila engkau berada di dalam solat
jagalah hatimu.

2. Apabila engkau berada bersama orang
jagalah lidahmu.

3. Apabila engkau mendapat nikmat jagalah
akhlakmu.

4. Apabila engkau berada di rumah orang
jagalah matamu.

5. Hendaklah engkau ingatkan sesuatu
perkara sepanjang masa dan hendaklah
engkau lupakan sesuatu perkara selama-
lamanya;

a. Ihsan atau sumbangan engkau kepada orang.

b. Perbuatan buruk orang lain terhadap engkau.

Thursday, October 20, 2011

Jenis-jenis Air Mata


Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
  1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  2. Menangis kerana rasa takut.
  3. Menangis kerana cinta.
  4. Menangis kerana gembira.
  5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  6. Menangis kerana terlalu sedih.
  7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
    "..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji?
Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka
"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s
Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai
Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang
    telah menentukannya.
  • Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah
    jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang
    membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita
    kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki
    itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu?
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
  • "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam." 
  • "Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."
  • "Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."
Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
  1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
  2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
  3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.
Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
  1. Apabila dahi nya berpeluh.
  2. Airmatanya berlinang.
  3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
    kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:
1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
4. Dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Thursday, August 04, 2011

Wanita & Wangian


Antara kesilapan yang kerap dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja adalah berwangi-wangian dengan pelbagai jenis perfume sewaktu keluar dari rumah.“ Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz,” Kata seorang wanita kepada ustaz.
Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi dan baunya yang sedikit juga harus. Bagaimanapun yang menjadi masalah kini adalah yang bergelumang dengan wangian sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi Muhamad SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :

Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya maka ia adalah seperti wanita penzina dan setiap mata (lelaki) yang memandangkan adalah mata yang berzina.”

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?
“Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian.” Kata seorang wanita.
Jika itulah tujuannya ia harus berdepan dengan segala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika  itu jangan kamu memarahi lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujah ‘panas’  sukar nak jaga  dan bergerak, permintaan bos dan syarikat untuk nampak lebih elegan supaya tak nampak macam mayat berjalan dan sebagainya. Akhirnya dikorbankan hukum dan akhiratnya demi dunia semata-mata. Amat bersimpati dengan kaum Hawa yang sebegini.

Nabi Muhamad SAW bersabda :

Ertinya : “Tiada seorang pun yang membuka auratnya(pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah dan suaminya kecuali dia telah merempuh tabir(sempadan yang digariskan) di antaranya dan Allah.” 

Akhir kata wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah, dan Khadijah. Pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapat hidup yang indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Mudah-mudahan hidup kita semua sentiasa berada dalam keberkatan Allah supaya memudahkan lagi Allah untuk memurahkan rezeki rahmatnya kepada kita untuk kita ke SYURGA nanti…insya-Allah…aminn…

Friday, July 01, 2011

Apakah Hiperhidrosis

MASALAH iaitu pengeluaran peluh yang berlebihan dikenali sebagai hiperhidrosis dan membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan secara sama rata.

Ia kerap melanda pada peringkat umur 25 tahun hingga 64 tahun. Hiperhidrosis ini boleh membabitkan keseluruhan badan atau kawasan tertentu pada badan pada seseorang seperti tangan, kaki, celah ketiak dan kawasan kelangkang.

Jenis-jenis
Hiperhidrosis primer di mana ia sering bermula ketika seseorang remaja dan ia boleh berlaku kepada beberapa anggota keluarga kerana ia ada kaitan genetik

Hiperhidrosis sekunder berpunca dari masalah seperti penyakit pituitary, kencing manis, gout, tumor, menopause dan kesan sampingan beberapa jenis ubat ubatan.

Punca sebenar hiperhidrosis masih belum diketahui tetapi banyak kajian menunjukkan ia berpunca dari peningkatan aktiviti saraf simpatetik, perasaan cemas dan faktor makanan.

Rawatan perubatan
Dengan menggunakan ubat sapuan yang mengandungi aluminium chloride.

Suntikan botulinum toxin jenis A (BOTOX) juga digunakan untuk merawat masalah ini.

Beberapa jenis ubat dari kumpulan anticolinergic seperti oxybutynin ( Ditropan)

Rawatan Pembedahan.
Ada beberapa jenis teknik pembedahan yang digunakan untuk merawat masalah ini. Antaranya membabitkan pembuangan dan pemusnahan kelenjar peluh yang terbabit dengan cara liposction dan ada juga menggunakan laser. Namun teknik ini sesuai untuk masalah hiperhidrosis yang membabitkan bahagian ketiak saja.

Satu lagi teknik pembedahan yang sering dilakukan ialah teknik endoscopic thorasic syphatectomy (ETS). Teknik yang menggunakan cara laparoskopik atau pembedahan lubang kekunci ini membabitkan pemotongan/mengetik (clamping) saraf simpatetik pada bahagian dada.

Kesan-kesannya
Penyakit hiperhidrosis boleh membawa kesan fizikal kepada kulit seperti infeksi dan jangkitan kulat dan kulit melecet. 

Selain dari itu, ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang akibat dari perasaan malu dan tidak selesa kerana pengeluaran peluh yang banyak.

Ada pesakit yang mempunyai masalah memegang barang-barang terutama yang dibuat dari kaca.

Di dalam kes yang teruk, baju terpaksa ditukar beberapa kali dalam masa sehari. Peluh yang banyak pada tapak kaki pula akan menimbulkan masalah terutama apabila memakai selipar getah kerana sering tercabut. Penyakit ini juga boleh menjejaskan karier seseorang terutama pada mereka yang sering berinteraksi dan berjabat tangan ataupun mereka menggunakan benda tajam seperti pisau.

Thursday, June 23, 2011

Sahabat

1) Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda.

2) Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.

3) Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

4) Hargai pendapat satu sama lain.

5) Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam.Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

6) Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah.

7) Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan
mereka pula.

8.) Belajar daripada satu sama lain.

9) Jangan mengata di belakang kawan anda.

10) Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali

Friday, June 17, 2011

Asal-usul Solat





SUBUH
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:-
Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:-
Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s., iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:-
Bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua:-
Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:-
Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah.
Rakaat keempat:-
Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:-
Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:-
Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:-
Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:-
Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s., tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:-
Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:-
Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:-
Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.

ISYAK
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama:-
Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:-
Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga:-
Dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat:-
Dukacita terhadap anak Firaun.