Thursday, August 04, 2011

Wanita & Wangian


Antara kesilapan yang kerap dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja atau ke mana-mana sahaja adalah berwangi-wangian dengan pelbagai jenis perfume sewaktu keluar dari rumah.“ Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz,” Kata seorang wanita kepada ustaz.
Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi dan baunya yang sedikit juga harus. Bagaimanapun yang menjadi masalah kini adalah yang bergelumang dengan wangian sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.

Nabi Muhamad SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :

Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya maka ia adalah seperti wanita penzina dan setiap mata (lelaki) yang memandangkan adalah mata yang berzina.”

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?
“Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian.” Kata seorang wanita.
Jika itulah tujuannya ia harus berdepan dengan segala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika  itu jangan kamu memarahi lelaki tersebut.

Apabila sudah bekerja juga banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujah ‘panas’  sukar nak jaga  dan bergerak, permintaan bos dan syarikat untuk nampak lebih elegan supaya tak nampak macam mayat berjalan dan sebagainya. Akhirnya dikorbankan hukum dan akhiratnya demi dunia semata-mata. Amat bersimpati dengan kaum Hawa yang sebegini.

Nabi Muhamad SAW bersabda :

Ertinya : “Tiada seorang pun yang membuka auratnya(pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah dan suaminya kecuali dia telah merempuh tabir(sempadan yang digariskan) di antaranya dan Allah.” 

Akhir kata wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah, dan Khadijah. Pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapat hidup yang indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Mudah-mudahan hidup kita semua sentiasa berada dalam keberkatan Allah supaya memudahkan lagi Allah untuk memurahkan rezeki rahmatnya kepada kita untuk kita ke SYURGA nanti…insya-Allah…aminn…