Monday, December 21, 2009

Apabila anda.....

pabila Anda…

1) Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak anda buat, ingatlah…anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi…
2) Apabila anda rasa hidup anda diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.
3) Apabila anda dibelenggu masalah sedangkan tiada sesiapapun yg mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu..Dia Maha Adil..
4) Apabila hati anda terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segalanya…
5) Apabila anda lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa..
6) Apabila anda rasa hidup ini satu beban, segalanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya..
7) Apabila jalan di depan anda digelapi mendung sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemani, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidupmu..
8) Apabila semua orang di sekelilingmu tidak mahu mendengar keluhanmu dan suaramu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar..
9) Apabila anda miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Kaya..
10) Apabila anda dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu…
11) Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia..satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan..
12) Dan apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar…

No comments:

Post a Comment