Sunday, April 04, 2010

sambut bfdy

harus bagi kita mengadakan hari kelahiran dengan mengadakan jamuan. Namun, ada syaratnya iaitu perlu menjaga adabnya. Ini seperti tidak bercampur lelaki dan perempuan dan tidak meniru cara seperti orang kafir musyrik lakukan seperti meniup lilin.

Ini seperti hadis riwayat Abu Daud yang menyatakan sabda Nabi SAW Man tasyabbaha biqaumin fahuaminhum yang bermaksud: Siapa yang meniru suatu kaum maka ia tergolong kepada kaum berkenaan.

Sekiranya kita merujuk al-Quran, Allah SWT juga ada menyebut dalam surah Maryam ayat 33 mengenai salam sempena kelahiran Nabi Isa yang bermaksud: Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku dilahirkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan semula (pada hari Kiamat).

Justeru, harus untuk kita mengucapkan salam kepada orang lain sempena hari kelahirannya dan mendoakan keselamatannya dunia dan akhirat. Andai kita mahu mengadakan majlis jamuan, pastikan ia berteraskan syariat serta adab yang ditetapkan agama. Janganlah kerana mahu mengikut apa yang orang lain lakukan, ia akhirnya mengundang dosa kepada kita.

No comments:

Post a Comment