Thursday, April 28, 2011

Kata-kata hikmah Albert Einstein

  • Si bijak pandai yang bodoh boleh membuat sesuatu perkara yang lebih besar, lebih kompleks dan lebih ganas. Ia memerlukan sentuhan genius dan begitu banyak keberanian untuk bergerak ke arah yang bertentangan.
  • Imaginasi lebih penting daripada ilmu.
  • Faktor semulajadi tidak bertanggungjawab untuk manusia jatuh cinta.
  • Perkara paling sukar difahami di dunia ialah cukai pendapatan.
  • Perkara yang benar-benar bernilai ialah keseimbangan dalam pemikiran.
  • Seseorang akan bermula hidupnya apabila dia boleh keluar daripada kehidupannya.
  • Kelemahan dalam sikap adalah kelemahan dalam karakter seseorang.
  • Saya jarang memikirkan masa depan. Ia akan datang begitu cepat.
  • Misteri yang akan sentiasa berkekalan tentang dunia ialah kemampuan untuk memahaminya.
  • Manusia membayar terlalu banyak untuk perkara yang tidak bermanfaat untuknya.
  • Sains tanpa agama adalah kesesatan. Agama tanpa sains adalah kebutaan.
  • Sesiapa yang tidak pernah membuat kesilapan tidak akan mencuba sesuatu yang baru.
  • Sesuatu harus dijadikan semudah yang boleh tetapi bukannya terlalu mudah.
  • Sains adalah sesuatu yang indah sekiranya ia tidak mengorbankan kehidupan seseorang di dalamnya.
  • Rahsia kepada kreativiti ialah kemampuan untuk mengetahui cara menyembunyikan sumber atau punca ia datang.
  • Sesuatu yang sering mengganggu proses pembelajaran saya ialah pendidikan saya.
  • Segala kisah sains sebenarnya tidak lebih dari kisah penambahbaikan daripada pemikiran harian.
  • Keamanan tidak akan diperolehi dari paksaan. Ia hanya akan diperolehi daripada pemahaman atau saling memahami.
  • Kita tidak akan boleh menyelesaikan masalah tentang sesuatu dengan cara yang sama kita menciptakanya.
  • Perkara yang penting ialah jangan berhenti bertanya. Semangat ingin tahu mempunyai sebab untuk ia wujud.
  • Sekiranya A ialah kejayaan dalam kehidupan, maka A=x+y+z. X ialah kerja, Y ialah bermain dan Z ialah tutup mulut dari banyak bercakap.
  • Saya tidak tahu dengan senjata apa yang akan digunakan pada Perang Dunia ke 3 tetapi saya tahu pada Perang Dunia ke 4, orang akan berperang dengan batu dan batang kayu.
  • Pengenalan kuasa atom mengubah persepsi segalanya kecuali cara kita berfikir. Penyelesaian kepada masalah ini ialah hati manusia. Sekiranya saya tahu jadi begini, saya lebih rela menjadi pembuat jam.
  • Tidak semua yang diambilkira boleh dikira, dan tidak semua yang boleh dikira perlu diambilkira.

No comments:

Post a Comment