Thursday, January 21, 2010

mutiara kata untuk seorang bergelar da'ie

~ Jangan cuba-cuba bermimpikan Syurga, andai hati memandang sepi ibadah.. jangan berani mengaku berjuang, andai diri lena dibuai nafsu dunia..

~ sekuat mana pun DUGAAN yang kita hadapi, sebesar apa pun KEGAGALAN yang kita rasai, sesusah mana pun HARI-HARIyang kita lalui.. jangan pernah berhenti harap pada pertolongan ILAHI, jangan pernah berhenti berdoa pada RABBI, kerana DOA adalah HARAPAN, dan HARAPAN adalah MASA HADAPAN, kerana HARAPAN adalah sumber KEKUATAN, dan kerana DOA adalah PINTU KEBAIKAN dan DOA adalah SENJATA orang BERIMAN..

~Muhasabah mesti diteruskan. Tarbiyah mesti dimantapkan, agar menjadi satu binaan Muhafazoh yang kukuh. kekurangan makanan rohani di kalangan pendokong Islam akan membuatkan iri syaitan menjelma.

~Bila bersandar pada makhluk-NYA, tika berpisah rasa kehilangan, tika terasing rasa ditinggalkan, jiwa menderita, gelisah sentiasa.. Bila bersandar hanya pada Tuhan, merasai cukup hanya dengan-NYA, ALLAH sentiasa ada dalam jiwa, biar terlihat tidak punya apa, tapi hati kaya dengan rasa, rasa kasih dan cinta ILAHi, menjadi cahaya penyejuk jiwa..

~untungnya menjadi org mukmin,smkin musibah melanda smkin mustajab doanya…bukan perjuangan tanpa kesulitan…tapi dlm kesulitan ada ketenangan…menguji kekuatan…kita tidak sendirian…hidup demi Allah…mati kerana Allah.biapun jalannya berliku…namun noktahnya tetap sama “,
 
"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
~bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya,yang menimpakan ujian.menjadikan sakit  hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang.serta menyusahkan hidupmu.pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengajautk sesuatu yang sia-sia,bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,retaknya hatimu,tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yg sebeginilah yg selalunya lebih lunak dan mudah utk dekat dan akrab dgn-Nya
 
 
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
 
 ~Sedarlah wahai insane ketulusan budi penghias peribadi,kemanisan iman sumber keindahan,kesabaran hati benteng nafsu keduniaan.walau hari ini kita sering ditinggalkan teman seperjuangan ingatlah yang kita masih berTuhan,salami hati dan perasaan tepis keegooan bina ketaqwaan.Insya- Allah akidah akan berkekalan ~
 
~ kadang-kadang tarbiah buat kita lemah tapi tarbiah juga buat kita kuat,kekadanng tarbiah buat kita penat,malah tarbiah juga buat kita puas.kenapa dikeluhkan resah? Kenapa dinaungi lemah? Bukankah Allah janjikan syurga sebagai tukaran segala perit? Bersyukurlah kita diberi peluang untuk bekerja dengan BOSS yang paling pemurah.seringkali langkah lemah kerana rengekan nafsu.seringkali air mata mengalir kerana tekanan jiwa yang keletihan dan jiwa lemah kerana tapak hati yang kian haus dari rahmat Allah.Duhai ansorullah,jangan mudah mengalah,jangan biar karat-karat jemu  menghitami orak mindamu,jangan benarkan girang kemalasan melabuhi hatimu,jangan izin raja nafsu memerintahi jiwamu,teruslah melangkah,teruslah mujahadah,teruslah berjuang dalam sebuah kemenangan sehingga dirimu lemas dalam lautan syahid senyumlah pada mehnah yang datang ~
 
Buatmu mujahidah solehah…kekadang kita merasa lemah dan kepenatan melalui lorongini,hujan panas silih berganti namun x semendung hati mereka yang mengerti makna perjuangan….bersabarlah teman,hari ini kau diuji namun adakah DIA membiarkan dirimu berterusan begini,ALLAH rindukan tangis dan tawakalmu kerana kita Cuma hambaNYA yang sering kali melakukan khilaf.tapi jangan pernah dalam hatimu merasa lemah dan berputus asa kerana penguatmu ALLAH jua…kapadaNYA jualah kita berharap…
Kekuatan sebenar seorang mukmin ialah apabila ia bersandar sepenuhnya dan segalanya kepada ALLAH s.w.t,menjadikannya manusia yang tidak kenal putus asa dan kecewa, tidak takutkan cabaran dan kegagalan. Disebalik semua inilah ketenangan dan lapang dada,kemanisan iman yang sebenar
 
Sometimes kita berdoa utk kuat tp kenapa byk dugaan???
Sometimes kita berdoa utk minta cerdik tp masalah pula yang timbul???
Sometimes kita minta kebahagiaan tp huru hara pula….
Dugaan menjadikan mental kita kuat,masalah menjadikan kita berfikir,huru hara menjadikan kita tabah. Hebat tak ALLAH? Semua ada hikmah…kalaulah manusia tahu hadis ini: “telah berkata jibril wahai tuhan,engkau sampaikanlah hajat hambaMu,maka ALLAH menjawab: biarkan hambaKu itu, kerana AKU mencintai suaranya…
Berdoalah….
 
 
 
Andai diumpamakan islam seperti sebuah bangunan using yang hamper roboh,maka aku akan  berjalan ke seluruh pelusuk tempat bagi mencari  jiwa-jiwa muda,aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka,tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi bangunan yang tersergam indah –imam Hassan al-banna-
 
Mencari kemanisan dalam kehidupan
Mehnah mendatang terasa terbeban
Bawa hatimu kepada Tuhan
Di sana menanti syurga idaman

 
Apabila kita diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan.
Bersyukurlah kerana ALLAH masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.
 

No comments:

Post a Comment