Wednesday, January 27, 2010

Zina!!!!!!!

Al-Humaidi merekodkan di dalam Al-Jam`u Bainis Shahihain bahawa semasa pemerintahan Umar, 5 orang yang ditangkap atas tuduhan melakukan zina telah dibawa kepadanya. Setelah terbukti mereka benar-benar melakukan zina, Umar serta-merta memerintahkan agar kelima-lima lelaki tersebut dihukum rejam sampai mati. Melihatkan keadaan itu, imam Ali lantas menghalang Umar dari melaksanakannya dengan berkata: Kamu telah memerintahkan hukum yang bertentangan dengan perintah Allah!

Umar menjawab: Kesemua ciri-ciri zina telah dibuktikan. Mati direjam telah ditulis sebagai hukuman ke atas kesalahan itu.

Imam berkata: Di dalam perkara zina terdapat beberapa perbezaan kaedah pada pengasingan kes. Begitu juga dengan kes ini yang mana perbezaan hukuman mestil dilaksanakan.
Umar menjawab: Jika begitu, silalah anda mengaturnya.

Imam lalu meminta kelima-lima pesalah zina dibawa kepadanya. Beliau menjatuhkan hukuman bagi penzina pertama kepalanya dipenggal. Manakala penzina kedua direjam sampai mati, sementara penzina ketiga dihukum sebat 100 kali rotan. Seterusnya bagi penzina keempat dirotan dengan 50 sebatan dan bagi penzina terakhir disebat 25 kali.

Umar kehairanan dan bingung lalu bertanya: Wahai Abul Hasan, bagaimana anda memberikan keputusan kes ini dengan 5 cara yang berlainan?

Imam menjawab: Penzina pertama adalah seorang kafir zimmi (di bawah perlindungan Islam) dan dia telah melakukan zina dengan wanita muslim. Oleh kerana itu, dia telah kehilangan perlindungan Islam tersebut, maka dia dihukum bunuh. Manakala penzina kedua seorang yang sudah berkahwin dan mempunyai isteri, maka dia direjam sampai mati. Sementara penzina ketiga belum berkahwin, maka dia dihukum sebat dengan 100 rotan. Seterusnya bagi penzina keempat seorang hamba yang hanya layak didenda dengan setengah orang merdeka iaitu 50 sebatan.

Akhir sekali bagi penzina kelima adalah seorang jahil, maka dia diberi hukuman ringan iaitu 25 sebatan.

Mendengarkan keterangan imam tersebut, Umar lalu berkata: Jika tiada Ali, maka binasalah Umar! Wahai Abul Hasan, aku berharap aku tidak hidup di dalam umat yang anda tidak wujud dikalangan mereka.

No comments:

Post a Comment